Tuesday, June 24, 2008

Pendahuluan

Pahala besar jaga kebajikan anak yatim

SAYID Qutub berkata:

Dasar takaful sosial itulah dasar masyarakat Islam. Kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan harta mereka.

Dahulu sesetengah penjaga anak-anak yatim itu mencampurkan makanan anak-anak yatim dengan makanan mereka. Harta anak-anak yatim dengan harta mereka untuk sama-sama dilaburkan dalam perniagaan menyebabkan kadang-kadang berlaku penganiayaan terhadap anak-anak yatim.

Sejak itu, orang-orang yang bertakwa merasa keberatan (untuk makan bersama anak-anak yatim) hingga mereka asingkan makanan anak-anak yatim daripada makanan mereka.

Firman Allah:

Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(al-Baqarah: 220)

Firman Allah s.w.t:Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim.
Ulama telah khilaf siapakah yang bertanya kepada Nabi s.a.w. dengan dua pendapat:

Pertama: Thabit bin Rifa’ah al-Ansari. Inilah pendapat Mujahid.

Kedua: Abdullah bin Rawahah. Inilah pendapat Abu Sulaiman al-Dimasyqi.Ibn al-Arabi berkata: Sebab turunnya, diriwayatkan bahawa turunnya ayat 10 surah al-Nisa’ yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim…Orang berasa serba salah untuk bergaul dengan anak-anak yatim pada harta-harta mereka lalu mereka mengasingkan diri daripada anak-anak yatim.

Maka Allah menurunkan ayat ini yang bermaksud: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), tentang masalah anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baik.
Ini bermaksud memperbaiki harta benda mereka lebih baik daripada menyisihkan mereka. Firman ini memberi keizinan menguruskan harta anak yatim dengan niat yang baik iaitu untuk kepentingan anak yatim itu sendiri bukan kepentingan sendiri.

Oleh sebab itu al-Quran sekali lagi mengembalikan kaum Muslimin kepada sikap yang sederhana dan menggunakan cara yang mudah dalam menghadapi perkara ini dan mencari kebaikan untuk anak-anak yatim dan bertindak dalam batas-batas yang mendatangkan muslihat kepada mereka.

Mengusahakan kebaikan-kebaikan untuk anak-anak yatim itu lebih baik daripada berasingan. Ini kerana tidak ada apa-apa kesalahan dalam percampuran dengan mereka selama percampuran itu mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Anak-anak yatim itu adalah sama seperti saudara-saudara kepada para penjaga mereka. Mereka adalah saudara seagama dalam Islam. Mereka adalah anggota-anggota dalam keluarga Islam yang besar dan Allah mengetahui sesiapa yang membuat kerosakan dan sesiapa yang membuat kebaikan. Yang menjadi asas pegangan bukannya tindakannya yang lahir, tetapi ialah niat dan hasilnya.

Demikianlah segala urusan ini dihubungkan kepada Allah dan diikatkan pada paksinya yang kukuh di mana berlegarnya akidah dan hayat. Inilah kelebihan perundangan yang diasaskan di atas akidah. Oleh itu, jaminan pelaksanaan undang-undang selama-lamanya tidak datang dari luar andainya ia tidak tercetus dan bertunjang di dasar-dasar hati nurani.

Firman Allah: Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama);

Apabila Allah mengizinkan manusia bercampur gaul dengan anak-anak yatim bagi tujuan memperbaiki dan menyelia urusan mereka, maka itu adalah dalil keharusan mengurus bagi pihak anak yatim sebagaimana mengurus bagi pihak anak yatim.

Dalam athar ada disebutkan: Sebagaimana caranya engkau mendidik anakmu maka didiklah anak yatim dengan cara itu. Oleh itu, sebahagian ulama mengatakan: Adalah harus bagi pengasuh membelanjakan harta anak yatim sebagaimana wasi membelanjakannya dalam soal jual beli, pembahagian dan selainnya.

Kami telah menerangkan hal ini dalam kitab Masail al-Furu'’ Inilah pendapat yang dipegang oleh penulis.Oleh itu tindakan pengasuh itu diperakui sama ada pada harta yang banyak itu sedikit berdasarkan kemutlakan ayat tersebut.Firman Allah: Dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka).

Apabila seseorang mengambil tanggungjawab menjaga anak yatim, maka dia boleh menguruskan harta anak yatim itu. Sekalipun tidak dilantik oleh wali anak yatim itu. Ini disebabkan ayat tersebut menyebutkan kebenaran itu secara mutlak dan kerana kafalah (penjagaan) itu juga sama kedudukan seperti wilayah (kewalian) yang umum.

Ketahuilah bahawa tidak ditemui berita daripada mana-mana khalifah yang melantik seseorang untuk menjaga anak yatim, walaupun ramai anak yatim yang ada pada zaman mereka, tetapi mereka memperakui hak menjaga anak yatim itu apabila anak yatim itu tinggal dengan mereka.
Diriwayatkan daripada Umar r.a. bahawa beliau berkata tentang seorang anak pungut: “Dan merdeka, engkau boleh menjadi walinya dan kami bertanggungjawab membiayainya.” Yang dimaksudkan dengan wali itu ialah wali bagi urusan penjagaan bukannya bagi urusan harta pusaka, seperti yang disangkakan oleh satu kumpulan.

Firman Allah: Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.Setiap perkara yang dibimbangi tetapi Allah menyerahkan kepada orang mukalaf untuk menjalankan amanahnya, tidak boleh dikatakan; Orang itu hendak mengelakkan daripada melakukan perkara yang ditegah, kerana itulah dia enggan melakukannya.

Samalah sebagaimana Allah menjadikan orang perempuan beramanah menjaga kemaluan mereka, sedangkan dari aspek lain banyak lagi bahaya yang boleh keluar daripada kata-kata mereka yang bersangkut dengan hukum hakam dan berkait dengan halal, haram dan keturunan, walaupun ada kemungkinan mereka boleh berbohong. Sesungguhnya ini adalah satu gaya penerangan yang menarik.

Sepatutnya anda memberikan perhatian dan menjadikannya sebagai pedoman dalam usaha mengetahui hukum-hakam. Allah jua yang memberikan taufik ke arah yang benar dengan rahmatnya.

Iktibar Ayat

* Tanggungjawab memelihara anak yatim merupakan besar pahalanya.

* Sifat Allah yang Maha Mengetahui mana yang buruk dan mana yang baik.

* Mengithbatkan sifat Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.

Monday, June 23, 2008

Senarai-senarai Rumah Anak-anak Yatim Seluruh Malaysia


Rumah Anak Yatim Darul 'Izzah

AddressLot 2191-2A, Pekan Makmur,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
Emaildarulizzah@bluehyppo.com
Telephone No.03 - 89257263Fax No.03 - 89257263


Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim)
37 Jalan Nirvana 39 Taman Nirvana68000 AmpangSelangor
Tel: 603-92861992 fax : 603-92864872

Rumah Anak-anak Yatim Islam Sabak Bernam

Overview*

Established in year 1985. The founders were YDH Dato' Hj. Baharin B. Hj. Mat Akhir, Orang Besar Daerah Sabak Bernam and Tn. Hj Jamari B. Ngarip.

Initially, it was a wooden house and only accommodated 6 occupants, which include one staff and one cook.

*In year 1988, a double storey building was built courtesy of the State of Selangor. The building consists of a separate hostel each for Boys and girls, a small office and a mini library. Thereafter, new extension of building was built to accommodate a dining hall, kitchen and warden hostel.

*In year 2000, a new building was built to accommodate computer room and prayer room as well as a library.

*To date, there are few facilities for an outdoor activities such as takraw court, badminton court and a ping pong court.

Objectives

*To give a shelter and a suitable place for the needy children / students
*To provide better and more comfortable facilities as well to create a harmonious neighborhood
*To preserve and further develop a healthy spiritual as well as physical development Missions
*To give students an equal opportunity to achieve personal development both in academic and in co-curriculum activities
*To nurture a sense of love and cooperation among the students
*To nurture the spirit of togetherness, respect and responsibility.
*To better equip students with a basic knowledge to face the social life

Hostel Profile

*Address : Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Sabak Bernam, Lot 5204 Jalan parit 1 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor

*Registration No : 03688/85
*Tel. No. : 03-3224 2849*Fax No. : 03-3224 2849

*Staff strength : 3 persons (supervisor, admin assistant and warden)
*No. Of students: 50 students
*Infrastructure : 3 acre area , 1 block (double storey) consists of office, boys & girls hostel, a dining hall, prayer room, mini library and a computer room, a court (takraw, badminton and volley ball), 2 recreational hut

*Person In-charge : Tn. Hj Samuri b. Godiran